selamat menyambut ulang tahun kelahiran nabi kita iaitu Nabi Muhammad SAW
pukul 6 am
aku telah di bangunkan oleh ayah untuk mandi dan solat subuh, kata ayah nak pergi stadium sebab nk sambut maulidur Rasul.. aku pon bergegas ke toilet sbb nk mandi n lpas tu g solat subuh.
pukul 7 am
kami bertolak dari rumah seawal jam 7 pg. punya semangat nk pergi.. hehehe.. kami semua mengenakan baju yang sesuai untuk majlis
pukul 8.30 am
bermulalah perarakan dari stadium mini kestadium malawati shah alam. walaupun hujan lebat tidak mematahkan semangat para peserta untuk berarak. itulah di namakan berkorban kerana cinta kepada Rasullullah..
pukul 9.30 am
kami berada di dalam stadium malawati untuk menyertai program tersebut.. alhamdulillah kami dapat tempat duduk yang betul2 menghadap pentas..
macam2 persembahan ada termasuklah ada persembahan daripada kumpulan Rabbani dan Mawi.. wahh sangat terharu
pukul 12.30 pm
majlis pon bersurai
termakbul juga doa ayah untuk mnecipta sejarah di keluarga kami :)