setiap kali kami berbicara pasti ada saja yang tidak kena, kadang-kadang hanya baik untuk beberapa minit sahaja lepas itu bergaduh entah berapa lamanya. aku sering bermonolog dalam diri, mengapa kami begini. mengapa kami tidak seperti sebelum - sebelum ini yang selalu riang, gembira dan tiada pernah kami bertengkar. mungkin jarak antara kami sangat jauh yang membuatkan kami begini. tetapi sebenarnya itu bukan satu alasan untuk kami bergaduh. tapi entahlah, mungkin dia rindu kepada ku yang membuatkan dia amat risau kepada ku. aku pernah merasa bahawa dia tidak menginginkanku, tetapi aku tabahkan hati untuk menghadapi semua ini. aku hanya mampu menelan semua ini. mengapa aku tidak dapat mencari salah dia sedangkan aku pon banyak kali terluka. mungkin aku amat menyayanginya yang menyababkan mataku kabur dengan kesilapannya. ya! aku tahu aku mungkin sering buat dia berasa hati tapi, adakah itu semua salah ku, aku tidak mengerti. aku redha kepada yang berkuasa untuk menentukan perjalanan hubungan kami, aku hanya mampu berdoa kepadamu, berilah aku pilihan yang terbaik, sesungguhnya engkau sahajalah yang berkuasa menentukan sesuatu. aku serahkan semuanya kepada mu ya Allah..
Every heart has a pain. Only the way of expressing it is different. Fools hide it in eyes, while the brilliant hide it in their smile.