kawan ? sahabat ? rakan ? bff ??
semua tu sama ke ???
dalam dunia ni ramai bleh jadi kawan .
tapi kawan yang macam mne ?
AARGHH !!!
betol orang ckp,
kawan ketawa senang nk cari ,
kawan menangis dalam seribu pon ssh nk dapat .
skrang ni mmg byk sgt kawan makan kawan ,
depan kite punyer la baik,
pijak semut pon x mati, siap boleh elak ag,
tp bile blakang kite,
na'uzubillah, Allah jer yang tahu, prangai
aku cerita pasal kawan ni bkn sbb ape,
sbb aku dah lalui peristiwa ni,
siap kne fitnah gile2 punyer, then smapai aku kne pulau
hmm, dh la x baik cerita keburukan orang,
korang yang bace cerita ni
harap jadilah kawan yang setia, yang baik dan bukan kawan yang makan kawan
perit wow dapat kawan mcm nih
aku de bace sebuah hadis ni daripada sebuag blog,
so aku copy la untuk teladan.
TEMAN SEJATI
"Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam.Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.
Persahabatan Rasulullah s.a.w. dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama.Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik.Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah s.a.w. dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud:
“Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Rasulullah s.a.w. juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar dengan sabdanya:
“Semoga Allah merahmatimu!
Engkau adalah sahabatku!
Engkau telah membenarkan ketika orang lain mendustakanku...
Engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku...
Engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku...
Engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah...
Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu...”
Allah swt memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah s.a.w dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka sip pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
SO SAPE2 YANG BACE BLOG NI,
FIKIR2 KAN LAH....
...................................................................................................................................
Ciri-ciri Teman Sejati Menurut Rasulullah SAW
1. Hendaklah bersahabat dengan orang yang beriman dan bertaqwa.
Sabda Baginda bermaksud:
”Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan kecuali kepada orang yang bertaqwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi).
2. Hindari berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
”Jauhilah kawan yang buruk akhlak dan perangainya, kamu akan dikenali sepertinya.
Sabda Baginda lagi:”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).
3. Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata:
“Rasulullah s.a.w. mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya.Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim)
4. Membantu kawan ketika dalam kesusahan
“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang menolong kesusahan orang mukmin di dunia, necaya Allah akan menolong kesusahannya di Akhirat.Dan barangsiapa yang memudahkan kesusahan orang di dunia, nescaya Allah akan memudahkan kesusahannya di dunia dan di Akhirat. Dan barangsia yang menutup keaiban saudaranya, nescaya Allah akan menutupnya di dunia dan di Akhirat.”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).