alkisahnya bermula~~~
Lebih  kurang tiga minggu yang lepas saya  membawa isteri ke 'Mahkota Medical  Centre', dia mengadu kepada saya  kepalanya pening, rasa mual dan badany  alenguh-lenguh. Saya tanya  dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh  kerana 2-3 hari macam tu  saja,saya bawak dia jumpa doktor dan  ternyata.... isteri saya  mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak  dah.Maka bermulalah cerita  baru dan haluan sejarah masa depan akan  pastinya berubah lagi.
Dia  akan merasa loya dengan bau yang  sebelum ini senang baginya,  termasuklah bau badan saya. Morningsickness  yang teruk sekali bagi  isterisaya.Kasihan sungguh, terbaring saja  sepanjang masa.Makan tak  boleh, minum tak nak, apa pun tak  nak.Adakalanya isteri saya semalaman  tak dapat tidur,kadang-kadang tu  asyik nak tidur saja. Selesai saja  solat Isyak dah masuk bilik. Pada  awalnya saya tidur kat luarlah sebab  dia tak boleh bau badan saya.Saya  fahamlah orang mengandung memang  macam tu,sekarang ni dah boleh tidur  dengan saya dan saya sudah tahu  macamana nak elakan insomnia yang  dialaminya, iaitu dengan membaca  Al-Quran sehingga isteri saya  terlelap.Memang kebiasaan sebelum  mengandung pun saya akan  membacaAl-Quran diatas katil di sisi isteri  sebelum tidursehinggalah dia  terlelap.
Sekarang saya  terus membaca Al Quran disisinya sebagai  ubat tidur bagi isteri dan  anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3  jam.Bukan itu sahaja, saya  juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin  dalam perutnya. Perkara yang  mula-mula saya ceritakan padanya ialah  tentang tauhid. Saya bermula  dengan kitab pertama yang saya pelajari  dahulu iaitu kitab'Kasyaful  Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata  saya terlalu ghairah,  kebarangkalian untuk janin survive masih tipis.  Tapi mana ada ayah yang  tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak  makan anak, apatah  lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari  adalah diluar  bidang kuasasaya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya   bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita   itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan   bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang   mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja   terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak,   isteri atau suami.
 Bagaimana?
1. Semasa  anak atau isteri  kita sedang tidur inilahwaktu yang paling sesuai  terutamanya diwaktu dua  pertiga malam, kerana fikiran bawah  sedarnya(subconscius mind) adalah  paling optimum ketikaini. Yang tidur  hanyalah conscius mind (minda  sedar).
2.Sentuhkan ibu  jari anda ke langit-langit dan kemudian  sentuhlah dengan halus ibu jari  anda keubun - ubun orang yang ingin anda  nasihati.
3.  Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlahke atas  junjungan Nabi  Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus  dengan berzikir  didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4.  Angkat  ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam  hati dan  bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai   mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya   saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan   solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang  anda  sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan  putuskan  zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda
5.   Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan  anda  iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri  saya  dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman  Imam Abu  Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada  bapa Imam  Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi  sehingga begini  istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku  didik Hanafi 40 tahun  sebelum diadilahirkan". Kalau didengar pernyataan  ini tentu aneh bagi  kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum  dilahirkan sudah di  didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit  (bapa Imam Abu  Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala  isterinya juga sudah di  didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak  dari kandungan lagi. Saya  beri anda satu logikakal, acuan yang bulat  mana mungkin menghasilkan  kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan  isteri kita. Mereka adalah  cermin kepada diri kita sendiri.
Saya  bacakan kisah ini kepada  janin yang sedang membesar dalam perut isteri  saya. Saya sentiasa berdoa  agar dia terus membesar dan dilindungi  Allah sebagaimana Allah  memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan  dia dengan nasihat yang  disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya.  Saya bacakan kisah para  rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu  kepadanya. Cuma isteri  saya menasihati agar suarasaya tidak terlalu  kuat, bimbang didengar oleh  jiran, apapula kata mereka nanti.
Dalam  kepekatan malam, isteri  saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru  selesai membaca surah  yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya  kehalaman rumah, mahu  merenung langit malam, satu-satunya hobi saya  semenjak kecil semenjak di  rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa  hingga kini. Langit agak terang  dan bersih. Saya bersandar dibangku  marmar. Kalau isterisaya sihat  pastinya dia menemani saya disini, kami  akan bercerita tentang  segala-galanya, tentang masadepan, tentang anak,  tentang cinta, tentang  tuhan.
Saya terus merenung langit  malam, saya anak yatim piatu  yang ditinggalkan ditengah padang  rumput,sehingga sekarang tidak  diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya  akan menjadi ayah. Bermula dari  saya akan wujud salasilah keturunan  yang baru.Saya bertekad dalam hati,  Insyallah jika anak ini lahir, dia  tidak akan saya biarkan membesar  seperti saya. Dia tidak akan saya  biarkan menagih kasih dirumah  kebajikan.Dia tidakakan melalui zaman  pahit seperti saya. Dia tidak  perlu dibohongi yang teddy bear  adalah'mama'nya seperti saya. Air mata  ini mengalir lagi. Mudah benar  ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah  terlalu banyak  tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud  menyembah ilahi.Pesan  guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya   tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke   kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang   timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup   saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dancintanya kepada   saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam   hidup saya 
~~HALAQAH.NET~~
