Cari Blog Ini

28 Feb 2011

copy from sahabat :D



awak jgn marah saya hanye copy 
tok perkongsian saja :)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

01 - Melihat perkara-perkara yang haram.
02 - Melancap.
03 - Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
04 - Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
05 - Tidak membaca Al-Quran.
06 - Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
07 - Mengumpat dan mengata.
08 - Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
09 - Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10 - Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
11 - Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.



CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W. 


01 - Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
02 - Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud. * Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
03 - Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR 


01 - Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
02 - Selepas masuk waktu Asar.
03 - Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.



CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR 


01 - Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
02 - Hindarkan dari tidur lewat malam.
03 - Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
04 - Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur; bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
05 - Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
06 - Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.







read and like :)